Friday, June 26, 2009

Michel Jackson Meniggal Dunia..seluruh Dunia Meratanya...

LOS ANGELES 26 Jun - Kematian Michael Jackson bukan sahaja menggemparkan peminatnya di seluruh dunia tetapi pemergian Raja Pop itu turut mendapat liputan meluas stesen-stesen penyiar di seluruh dunia

Di Malaysia, stesen radio swasta Fly FM dihujani panggilan daripada beratus-ratus peminat ikon muzik itu, yang merakamkan rasa terkejut mereka dengan berita kematian Jackson.

Di Times Square, New York, peminat legenda muzik itu menangisi pemergian Jackson ketika berita mengenainya disiarkan menerusi satu skrin gergasi.

Kemudahan Internet turut mengalami kesesakan luar biasa hari ini apabila ia dibanjiri 'tangisan elektronik' para peminat yang meratapi pemergian bekas anggota kumpulan The Jackson 5 itu.

Laman blog Twitter menerima kemasukan beratus-ratus komen setiap minit yang ditujukan sebagai penghormatan kepada Jackson.

Di China, kematian penyanyi itu segera mendapat 8,000 komen menerusi portal internet popular Soho.com dan Sina.com, yang menyifatkan beliau sebagai 'penyanyi luar biasa sepanjang zaman'.

Di Australia, program televisyen harian terganggu ekoran liputan khas mengenai kematian Jackson, sementara laman web sosial Facebook dibanjiri komen-komen yang memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia hari ini, dilaporkan telah memeluk Islam berdasarkan khabar angin yang dilaporkan oleh beberapa tabloid di negara Barat dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan akhbar The Sun bertarikh 21 November lalu yang disiarkan melalui laman webnya, Jackson dilaporkan telah mengucap dua kalimah syahadah dalam satu upacara di rumah rakannya, yang juga seorang penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal yang telah memeluk Islam lebih awal.


KALAU ULAMA MENINGGAL ADA KITA MERAPA TAK?RENUNGKAN BERSAMA...
Jackson dilaporkan menggunakan nama Islam Mikaeel yang bermaksud 'Rezeki'.

Jackson dibesarkan sebagai penganut Kristian mazhab Saksi Jehovah sejak kecil lagi. - Agensi

No comments:

Followers