Tuesday, November 11, 2008

Selamat jalan wahai Syuhada'


NUSA KAMBANGAN, Indonesia 10 Nov. - Amrozi Nurhasyim yang dikenali sebagai 'pengebom tersenyum' kelihatan pucat dan gementar apabila berdepan dengan saat kematiannya pada tengah malam semalam.

Abangnya, Mukhlas nampak lebih berani, malah berkali-kali melaungkan takbir dan memuji Allah sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Apabila tiba masanya iaitu sekitar pukul 11 malam (12 tengah malam semalam waktu Malaysia), ketiga-tiga pengebom Bali dibawa dengan kaki dan tangan berantai dari bilik penjara mereka ke tapak pelaksanaan hukuman tembak sampai mati.

Sumber penjara Batu di sini yang terlibat dengan pelaksanaan hukuman mati ke atas Amrozi, Mukhlas @ Ali Ghufron dan Imam Samudera mendedahkan bagaimana ketiga-tiga pengebom Bali itu menjalani hukuman mati kelmarin, enam tahun selepas serangan bom di Bali pada 2002.

Satu sumber berkata, antara mereka bertiga, Amrozi nampak paling gementar dan apabila maut makin hampir dia kelihatan pucat dan takut.

Ketiga-tiga pengebom itu diikat dalam keadaan berdiri pada tiang kayu dan kepala mereka diselubung dengan kain hitam sebelum isyarat diberikan pada 12.15 tengah malam (1.15 pagi semalam waktu Malaysia) untuk tembakan serentak oleh pasukan penembak tepat.

Menurut sumber itu, ketiga-tiga mereka pada mulanya meminta pihak berkuasa untuk tidak menutup muka mereka sewaktu hukuman tembak berkenaan dijalankan tetapi permintaan tersebut ditolak.

Ketiga-tiga mereka mati apabila peluru yang dilepaskan oleh pasukan penembak menembusi jantung dan jenazah mereka dihantar pulang ke kampung halaman, semalam.
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ereka...AMIN...

No comments:

Followers