Friday, December 4, 2009

REDHALAH DENGAN KEMISKINAN

KERBAHAGIALAH fakir miskin yang redha
Kewajipan mereka ringan, tanggungjawab mereka kurang
Terhiburlah hendaknya mereka
Kerana tentang mereka Nabi ada bersabda
yang bermaksud lebih kurang:
“Ya Allah, jadikan aku miskin, dan jadikan aku
cintakan orang miskin dan dudukkan aku
bersama-sama fakir miskin”
Ini tidak pun disabdakan oleh Nabi
kepada orang-orang kaya
Untunglah orang miskin yang redha
Hisabnya sedikit, orang kaya hisabnya banyak
Setiap hajatnya yang tidak dapat diberi pahala
Amal ibadah yang sedikit besar nilainya
Bergembiralah wahai orang-orang miskin
Di dalam kitab ada diberitakan
Bahawa di dalam Syurga ramai di kalangan mereka
Mereka mendapat kasih sayang dari Rasul
Ini tidak diperolehi oleh orang kaya yang berharta
Tapi ingat kalau mereka tidak sabar dengan kemiskinan
Tidak redha apa yang menimpa mereka
Mereka mengeluh dan rasa kecewa
Lebih-lebih lagi rasa putus asa
Di dunia rugi, di Akhirat Neraka
Oleh itu redhalah dengan kemiskinan.

Nurkilan
ABUYA..

No comments:

Followers