Sunday, December 13, 2009

Ilmu tanpa didikan

Ilmu tanpa didikan

Apabila ilmu sahaja yang diberi
Didikan tidak ada
Kalau ada pun tidak sempurna
Manusia berjaya menjadi pandai
Maju di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan
Kemudahan-kemudahan hidup amat menselesakan
Tamadun kebendaan mengkagumkan
Tapi di dalam kemajuan itulah berlakunya hasad dengki
Di dalam kemewahan itulah hilang budi
Manusia sombong, angkuh dan mementingkan diri
Manusia berlagak, mencari nama, glamour
Perikemanusiaan punah, timbang rasa musnah
Hidup nafsi-nafsi pun bermaharajalela
Berlaku jenayah setiap hari
Hilang ukhwah, kasih sayang punah
Akhirnya di dalam berkemajuan itu penuh ketakutan
Di dalam bertamadun itu kebimbangan dan kegelisahan menyerang setiap hari
Akhirnya manusia hilang kebahagiaan
Oleh itu biar ilmu sederhana, didikan perlu sempurna
Kalau ilmu banyak didikan sempurna pula itulah yang utama
Zaman ini kerana memburu ilmu, mengabaikan pendidikan
Akibatnya lahirlah manusia-manusia yang pandai
Tapi akhlaknya bersifat haiwan dan syaitan
Paling tidak hidup macam pokok kayu di hutan

ABUYA
15.7.2001
Menjelang tidur

No comments:

Followers