Monday, December 14, 2009

Hamas sambut ulang tahun penubuhan ke-22







ALMARHUM SYEIKH AHMAD YASIN RAHMATULLAH ALLAIH
PENGASAS GERAKAN HAMAS PELASTIN.

GAZA CITY 14 Dis. - Kumpulan pejuang Hamas memperingati ulang tahun penubuhannya pada 1987 hari ini dengan sambutan meriah, bersama harapan untuk menunjukkan ia masih mendapat sokongan besar biarpun empat tahun pemerintahan yang telah membawa Gaza ke kancah peperangan, kemiskinan dan pemulauan.
Gaza dihias dengan warna hijau dengan bendera Hamas berkibar dari bumbung-bumbung rumah dan tiang lampu. Radio dan televisyen Hamas menggesa penduduk Gaza menyertai satu perhimpunan besar-besaran selepas solat Zuhur.
Sejak sambutan ulang tahun pada 2008 yang menarik berpuluh-puluh ribu penyokong, Hamas telah mengalami beberapa rintangan, yang paling utama di antaranya adalah serangan tentera Israel terhadap Gaza pada musim sejuk lalu.
Perang tiga minggu yang dilancarkan bagi menghentikan bedilan roket dari Gaza, gagal menyingkirkan Hamas, namun ia membuatkan semakin sukar bagi kumpulan pejuang itu untuk memerintah.
Hamas tidak dapat membina kembali rumah-rumah, saluran pembentungan dan paip air yang musnah dalam serangan tersebut kerana Israel dan Mesir terus menguatkuasakan sekatan sempadan. Barangan asas seperti makanan dan sedikit bekalan perubatan dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza, namun bahan binaan tidak dibenarkan.
Penutupan sempadan pertama kali dikuatkuasakan pada Jun 2006 selepas sekutu pejuang Hamas menangkap seorang askar Israel, Gilad Schalit. Ia diperkukuhkan lagi setahun kemudian apabila Hamas memerintah Gaza, menyingkirkan tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas yang menyokong Barat.
Ketika menyambut ulang tahun penubuhannya, Hamas berdepan jalan buntu bagi dua rundingan saling berkait yang boleh membuka semula sempadan Gaza iaitu pertukaran Schalit dengan beratus-ratus banduan Palestin yang ditahan Israel dan perjanjian perkongsian kuasa dengan Abbas dan pergerakannya, Fatah.
Seorang pengantara Jerman dilihat mencapai sedikit perkembangan berhubung pertukaran banduan dengan Israel, namun masih belum ada kemajuan dalam rundingan penyatuan Palestin.
Ghazi Hamad, seorang pegawai Hamas yang pragmatik berkata, Hamas tidak mampu memerintah secara bersendirian.
"Tiada siapa boleh membatalkan Hamas, tiada siapa boleh menyingkirkan Hamas daripada permainan politik, tetapi Hamas tidak boleh bermain sendiri, begitu juga dengan Fatah,'' katanya. - AP sumber.. www.utusan.com.my

No comments:

Followers