Saturday, July 5, 2008

Hati Orang Mukmin..

Orang Mukmin itu hatinya sentiasa gelisah
Bukan gelisah kerana dunia..
Dan bagaimana nasib di dunia di masa tuanya..
Resah dan gelisah dengan tuhan di masa hari akhiiratnya..
Berbagai bagai perasaanlah yang dirasai.
Hingga hatinya sibuk dengan tuhannya..
Susah dengan dosanya sama ada yang sudah dilakukannya..
Mahupun terbuat dimasa hadapan..
apakah tuhan sudah terima taubatnya..
hatinya berkata kata sentiasa..
ibadahnya apakaha sudah diterima tuhan??
Amal kebaajikan apakah ikhlas dibuatnya..
Kerana tipuan syaitan dan hati amat halus..
Ikhlas dipangkal rosak pulak didalam perjalanannya..
Selamat dalam perjalanan rosak pula di hujungnya..
Baggaimana nanti penutup hidupnya??...
Atau penutup umurnya??
Apakah husnul khatimah atau suul khatimah
Sedangkan menuju akhirat gangguan terlalu banyaknya..
Bukan sahaja gangguan luarnya…
Tapi gangguan batinnya lagilah amat halus.
Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku..
Aduh hatinya gundah gulana sahaja berlalu…
Selalau sahaja berombak macam air laut..
Sentiasa berkocak kocak tidak henti henti..
Walaupun badan lahir sesame manusia
Makan sama,berjalan sama,berbual sama,
Tapi lautan hatinya bergelombang tidak sama..
Bergelombang kerana takut akan tuhannya..
Kalau tidak gelombang besar….gelombang kecil pasti ada…
Kalaulah gelombang hatii orang mukmin itu..
Diperlihat kepada manusia bersamanya..
Nescaya manusia tidak minat hendak hendak bergaul bersamanya
Kerana orang yang bersamnya terganggu sama hatinya…
Begitulah hatinya orang mukmin walaupun bibirnya senyum
Tapi hatinya muram sahaja…mengapa???
..

No comments:

Followers