Friday, May 16, 2008

Muncul kembali ketua Mujahidin ISLAM....

Osama muncul semula, kecam penubuhan Israel
- Osama bin Laden muncul dalam pita rakaman audio terbarunya, mengecam sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Israel semalam dan bersumpah akan terus memerangi negara Yahudi itu dan sekutu-sekutunya di Barat.

"Insya-Allah, kami akan meneruskan penentangan terhadap Israel dan sekutunya... dan tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanah Palestin, selagi wujudnya orang Muslim sejati di dunia ini," kata Osama dalam mesej audio yang disiarkan melalui laman web Al-Qaeda, hari ini.

Jelas Osama, perayaan negara Yahudi itu sepatutnya menjadi peringatan bahawa ia tidak wujud 60 tahun lalu dan telah ditubuhkan di atas tanah yang dijajah dari Palestin dengan menggunakan kekerasan.

"Ini adalah bukti bahawa Palestin adalah tanah kami, menakala Israel adalah penceroboh dan penjajah yang perlu ditentang," tambahnya.

Osama menegaskan, inisiatif damai selama berdekad-dekad gagal untuk membentuk negara Palestin dan Barat kali ini sekali lagi membuktikan yang ia memihak kepada Israel apabila Bush turut serta meraikan sambutan ulang tahun penubuhan negara Israel.

No comments:

Followers