Wednesday, May 1, 2013

Hayatilah Kisah ini...

Siapa tak sayang anak? Kucing pun sayang anak. Manusia yang normal sangat sayangkan anak. Orang gila je buang anak dalam longkang!

Abi ada 35 anak kandung dan 4 orang anak tiri. Semuanya Abi sayang. Walaupun waktu kecik dulu selalu rasa Abi tak sayang sebab Abi selalu marah,kadang-kadang rotan,tapi marah tu tandanya sayangkan? Bila dah besar ni dah boleh fahamlah bahawa ayah mana tak sayang anak. Cuma Abi ada cara sendiri untuk tunjukkan kasih sayangnya. Mungkin berbeza dari ayah-ayah lain,tapi itulah Abi.

Ni nak bagitau kat semua adik-adikku sebapa. Nak bagitau kat abang-abang kakak-kakak mungkin tak layak,jadi nak bagitau kat adik-adik jelah.. 

Sayangnya Abuya pada kita sebagai seorang ayah kepada anaknya itu bukanlah bermakna Abi juga PERCAYAKAN kita! Tolong bezakan antara sayang dan percaya. Sayang itu fitrah,sedang kepercayaan itu perlu didapatkan,perlu dibuktikan. Adik-adik rasa Abi percaya kat kita ke atau lebih percaya pada BOD dan pemimpin-pemimpin yang Abi lantik? Antara Kak Olah dan Syekh Rashidi agak-agak Abi pilih sape? Mereka dah membuktikan kesetiaan kepada Abi. Tulus ikhlas bukan faktor darah daging. Sedangkan kita,apa yang kita dah buat untuk Abi? Buat hal selalulaa.. Agak-agak boleh ke Abi percaya? Kita takkan tak kenal Abi. Abi sayangkan islam lebih dari diri sendiri. Takpe anak mati asal islam jangan mati. 

Ingat tak Abi selalu ugut-ugut kita dari kecik lagi waktu kita duduk sama-sama dirumah kembar di Rawang. Abi kata,mana-mana anak atau keluarga yang dilihat mencacatkan perjuangan islam yang Abi bawa,Abi nak doa bagi mati! Nampak tak betapa tegasnya Abi? Ayah mana yang sanggup doakan anak mati? Namun ingatlah.. Saidina Umar sendiri atas nama islam pernah bunuh anaknya yang berzina. Nabi Nuh,Nabi Lut merelakan anak isterinya mati diazab Allah kerana derhaka. 

Adik-adik,janganlah kita menjadi anak-anak yang hanya tahu menumpang kebesaran mak ayah! Malulah.. Sedar dirilah.. Cukuplah kita tengok didunia ni anak-anak raja,anak-anak menteri,anak-anak pembesar kebanyakannya rosak kerana merasakan diri mereka juga besar dek kebesaran mak ayah mereka. Abi ayah kita itu tak pernah ajar membesarkan diri,sebaliknya Tuhanlah yang mesti dibesarkan! 

Fah ingat tak betapa marahnya Ummu bilamana sewaktu Fah jadi pengurus pasaraya,Fah bagi air free dekat Ummu. Ummu kata jangan ingat kamu bos kamu boleh sesuka hati bagi air free pada Ummu. Kedai ni Abi yang punya! Sedangkan diwaktu orang lain jadi pengurus,Ummu tak marah pun bila depa bagi air ke makanan free kat Ummu!

Kakak bokah ingat tak waktu kita pertama kali jumpa di Mekah seronok tak sangga sebab dah lama tak jumpa. Bergurau sendalah kita adik beradik dibilik biru. Tiba-tiba Ummu panggil dan tegur kita dengan tegasnya! Kamu jangan rasa ini rumah Ummu,rumah adik beradik kamu! Tolong ingat ini rumah Abi. Rumah ini milik semua. Jangan kerana perangai kamu adik beradik,orang lain merasa tersisih. Lalu Ummu pun pisah-pisahkan kita supaya jangan duduk berlonggok sebilik! Ingat tak kak?

Adik Bar ingat tak waktu kat Thailand Ummu cakap kat Adik,ikut Ummu bukan untuk suka-suka. Kalau salah Ummu akan tegur! Kalau sanggup baru boleh ikut. Sebab Adik sangguplah sekarang ni Adik ikut Ummu sampai dalam tahanan ni. Hehe..

Adib jangan lupa pengalaman Ummu hantar jadi kuli potong ayam dikilang ayam Lahar yooi! Sampai hancur buruk tangan adib!

Iyah jangan lupa kita pernah meniaga burger dan ice blended ditepi jalan di Kg Pochan. Budak kampung selalu gelak-gelak tengok kita!

Fatim, Zahidah, takkan dah lupa pengalaman berbusuk-busuk jual ikan dari pelantar,masuk semua pasar tani,tengah jual-jual lepastu hujan kelam kabut lari. 

Pak Ude ingat lagikan waktu mula-mula kita duduk Emerald takde makanan kat dapur,Pak Udelah yang pergi pusat khidmat ambil beras,telur,kicap dan lain-lain. 

Macamtu jugalah untuk Abbad,Humam dan Jun..

Dengan semua pengalaman hidup yang Abuya bagi ni,jahatlah kalau kita rasa bahawa Abi tu seronok kalau anak-anak jadi bos! Abi bahkan nak sangat kita ni hidup susah. Janganlah bersenang lenang. Nak apapun boleh minta kat Ummu Ummi. Jangan sampai dah tua-tua terbiasa,pampers anak-anak kita pun Ummu Ummi nak kena bagi! Makan minum pun orang nak kena sara!

Abi cakap,orang bertaqwa tu rezkinya Tuhan yang jamin. Kak Olah ingat lagi bila Kak Olah tanya, Abi.. Kalau ada orang panggil kami pergi show,orang tanya nak bayar berapa? Boleh ke kami cakap,tak perlu bayar,cuma kalau nak bagi sumbangan tu boleh. Tau tak Abi jawab apa? Abi kata,jawab nak bagi sumbangan pun tak boleh! Itu kira mintalah tu! Abi ajarkan,katakan pada mereka bahawa kami bernasyid ni kerana Allah dan Rasul. Allah Rasul lah yang akan bayar! Adik-adik tolong jangan pernah lupakan ini! Tolong malu semalu-malunya untuk minta duit show. Abi tak suka. Tolong buktikan bahawa Tuhanlah yang akan bayar pada kita. Bukanke kita dah selalu lihat depan mata?

Fida' ingat tak lepas kita show di Lyon Perancis tiba-tiba ada sorang makcik datang nangis-nangis lepastu bagi kita duit 100euro?

Wadud ingat lagi ke di Australia waktu kita show kat dewan depan orang-orang Malaysia Indonesia tu ada Puan apentah lupa nama dia nangis-nangis minta kita terima duit dari dia?

Mamat masih ingat Husaini Togo di Jerman? Hari kita nak ke Turki dari Jerman tu sebenarnya takde duit untuk teksi ke airport. Lepastu Kak Olah ingat malam sebelum tu Husaini bagi sampul surat,bila buka je ada 300euro dalam tu cukup duit untuk bayar tambang teksi.

Adik-adik di Jerash kan selalu nampak macamana akhirnya orang bagi free je dewan-dewan yang nak disewa!

Adik-adik yang dari Haramain pun selalu dapat rezeki dari macam-macam orang yang kita jumpa!

Bukankah semua tu bukti bahawa bila kita serahkan urusan kita pada Tuhan maka Tuhan akan menjamin semuanya. 

Kalau dikalangan kita melihat ada antara kita yang dah mula mengepak membangga diri,tolong saling ingat mengingat. Katakan padanya Abuya tak suka semua ni! Kita anak Abuya sepatutnya dimana kita berada kitalah yang jadi kuli. Bukannya sibuk meninggi diri komen itu ini padahal takde apa yang dihasilkan untuk perjuangan Abi ini. Apa jasa kita? Apa penghasilan kita? Mana premis Abi yang berjaya ditangan kita? Berapa banyak produk yang keluar dari kita? Album? Tak seberapa.. 

Adik-adik..
Semua kesusahan yang Abuya nak kita lalui ini adalah supaya bila nanti Tuhan senangkan kita,kita takkan lupa siapa diri kita sebenarnya. Kita hanya hamba yang takde apa-apa. Kalau adapun orang yang melihat kita ini mulia itu adalah kerana Abuya. Orang sayang dan hormat Abi,maka orang pun turut sayang dan hormat kita. Hanya kerana kita anak Abi. Bukan kerana diri kita.

Jadi adik-adik,bolehke kita mendabik dada berkata,aku anak Abi! Aku dididik Abi dari kecik! Abi sayang kita lebih! Boleh ke? Abi suka ke? Tolong..tolong jangan! Janganlah bila orang tegur salah kita,kita kata,kami anak Abi. Takkan Abi salah didik anaknya! Tolonglah faham bahawa kesalahan kita itu takde kena mengena dengan Abuya. Abi dah didik kita secukupnya,tinggal kitalah yang nak melaksanakannya. Padahal Nabi-nabi pun terpaksa rela kerana keluarga mereka derhaka. Tidak pula mereka dianggap gagal didik keluarga mereka. Tolong jangan salah berfikir dan berperasaan. Kan Abi dah cakap,iman itu bukan warisan! Anak Nabi pun tidak mewarisi perangai Nabi,apalagi kita yang bukan anak Nabi! Tolong sedar diri!

Maka adik-adik yang disayangi semuanya tidak kira dimana kalian berada.. Jadilah kita sebenar-benar hamba yang sanggup diperhambakan Tuhannya!

No comments:

Followers