Kawan-kawan seperjuangan satu rahsia aku bukakan buat kalian
Tentang wazir-wazir Imamul Mahdi di akhir zaman
6 orang di antaranya telah aku bertemu secara zahir di dalam pengembaraan
Kecuali seorang belum aku jumpa iaitu yang di Iraq, di negara Saddam namanya Abdul Qahhar yang paling
alim di antara semuanya
Di antara mereka itu ialah Syeikh Syamar ketua puak Badwi yang tinggal di Jordan
Aku telah beberapa kali bertemu dengannya bersama-sama makan termasuk di rumahnya dan juga pernah
berkelah bersamanya di tengah padang pasir
Pengikut-pengikutnya ada lima juta di seluruh Timur Tengah
Beliau tidak tahu menulis dan membaca tetapi hatinya terang dan lurus, dia membaca dengan hatinya
Orang kanannya ialah Abu Mus’ab seorang engineer kelulusan Amerika berada di Jordan
Seorang yang intelek dan mempunyai akhlak yang mulia dan tinggi
Di Maghribi ada seorang aku bertemu bersama rombongan dan menjadi tetamunya
Namanya Doktor Abdul Sallam Harras seorang pensyarah di Universiti Qarawiyyin bahagian syariah
Dia seorang penceramah dan boleh diterima oleh semua golongan ulama
Dia tinggal di Bandar Fes, Maghribi
Di negara Turki ada dua orang, kedua-duanya berada di Istanbul
Seorang namanya Syeikh Mahmud Affendi, syeikh tareqat Naqsyabandi
Mempunyai pengikut yang ramai, para wanitanya memakai jilbab berwarna hitam
Mempunyai pengajian yang tersendiri yang berpusat di Istanbul yang bersejarah
Seorang lagi bernama Syeikh Abdul Qadir juga seorang syeikh tareqat
Orangnya besar dan tinggi serta senang ditemui
Ia seorang intelek dan korporat yang terkenal di negara Turki
Mempunyai beberapa syarikat dan fabrik yang agak besar dan terkenal
Pekerja-pekerjanya kalau saya tidak silap seramai 40,000 semuanya di seluruh negara
Seorang lelaki yang berketurunan Maghribi yang berulang-alik di antara Saudi dan Maghribi
Tapi dia telah bermukim di Saudi
Seorang yang mendapat pelajaran di negara Peranchis
Yang bernama Syeikh Abdul Nasir yang telah bertemu saya di Pejabat Aeilah di Selayang 3 tahun dahulu
Orang kanannya ialah seorang doktor Ph.D Mahmud namanya
Yang masih muda dan berpelajaran tinggi
Semua mereka itu sebelum Imamul Mahdi zahir bertawasul dengan Pemuda Bani Tamim
Tetapi pengikut-pengikut mereka bertawasul dengan syeikh-syeikh mereka sendiri
Mereka telah bertemu satu sama lain di alam rohaniah
Mereka telah kenal satu sama lain kerana sumber berita yang mereka terima dari sumber yang sama
Iaitu dari Rasulullah SAW dan Imamul Mahdi Al Muntazar
Jika mereka bertemu kelak seolah-olah sudah lama berkenal
Begitulah kuasa dan jadual Tuhan buat akhir zaman yang amat unik sekali
Di antara mereka itu wazir utama adalah Pemuda Bani Tamim yang diceritakan oleh Nabi
Dia juga ada orang kanannya tetapi tidak perlu saya ceritakan
Selepas itu syeikh yang di Iraq yang belum aku ketemukan
Kemudian jatuh kepada Syeikh Abdul Nasir seperti yang pernah diceritakan
Wazir yang akhir sekali ialah Syeikh Mahmud Affendi yang di Turki
Haris Al Harras yang diceritakan oleh Hadis adalah menjadi guide untuk pertemuan semuanya
Dia adalah biasa dan lama tinggal di negara-negara Arab tapi bukan wazir Imamul Mahdi
Seorang yang sangat alim dan keturunan Imam Bukhari yang terkenal
Para-para wazir selain bertawasul dengan Pemuda Bani Tamim juga mendoakan kemenangan di Malaysia
Mereka sangat merindui untuk bertemu dengan pemuda itu dengan tidak sabar-sabarnya
Begitulah sedikit berita yang patut aku beritahu kepada ikhwan semuanya
Ini adalah sesuatu yang Allah Taala takdirkan buat saya melihatkan kebesaran-Nya
Ini juga petanda daulah sudah dekat dan Imamul Mahdi telah hampir tiba
Berita gembira buat kita
No comments:
Post a Comment