Tuesday, March 9, 2010

Syria – Pintu Masuk Sejarah Dunia



Benua Asia merupakan benua yang terbesar di dunia. Benua Asia dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat, dan Asia Tengah.


Sebagai benua yang terawal dalam sejarah pembinaan tamadun manusia, benua Asia menyimpan banyak kesan tinggalan sejarah yang masih dapat disaksikan pada hari ini. Antara negara yang banyak menyimpan tinggalan sejarah silam ialah Syria. Syria terletak di bahagian Asia Barat.


Syria terletak di timur Laut Mediterranean. Syria bersempadan dengan Turki di sebelah utara dan Palestin di sebelah barat. Syria juga bersempadan dengan Iraq di timur dan Jordan di selatan. Negara ini mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1946.


Syria adalah salah sebuah negara Arab yang aman dan subur tanahnya. Pada zaman dahulu, Syria dikenali sebagai Syam. Jika anda suka membaca sejarah Islam, tentu anda pernah membaca kisah Rasulullah menemani bapa saudaranya Abu Talib untuk berniaga di Syam. Pada ketika itu, Syam dianggap sebagai syurga dan sumber kekayaan kepada para pedagang Arab Mekah. Rasulullah juga pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk dijual di sana dan hasilnya baginda mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.


Tamadun yang Tinggi


Syria telah dihuni oleh manusia sejak manusia mula hidup di muka bumi ini. Di sinilah terletaknya makam Habil putera Nabi Adam yang dibunuh oleh abangnya Qabil. Kerana itu tidak hairanlah jika Syria disebut sebagai ‘pintu masuk sejarah dunia’.


Syria dikuasai oleh pelbagai kuasa sejak dahulu kala. Antaranya kerajaan Rom, kerajaan Ratu Zanobia dan kerajaan Bani Umayyah. Syria juga dikenali sebagai bumi para anbia kerana Allah mengutus ramai nabi di sini. Anda boleh menyaksikan makam Nabi-Nabi tersebut, antaranya makam Nabi Zakaria, makam Nabi Yahya dan makam Nabi Ayub. Selain itu terdapat makam para sahabat Nabi Khalid Ibnu Walid dan pahlawan Islam Salahuddin al-Ayubi serta tokoh-tokoh yang lain. 

Keindahan..Ketenangan..Keseronokan...keberkatan tidak akan dapat di Negara-Negara Lain.Itulah kalam Yang Dapat Diluahkan Oleh Pemuda Pemuda Asing Yang Menetap Di Syria Setelah Sekian Lama... 

No comments:

Followers