Thursday, February 18, 2010

Bulan Mulia..Rabi'ul Awal...


Pejam celik pejam celik kita dah berada di bulan Rabi’ul awal..bulan yang amat mulia..dan pada bulan ini juga ALLAH S.W.T.memrintah untuk Siti AMINAH  melahirkan zuriat yang teramat mulia ..iaitu penghulu seluruh alam semesta ini..Beliau adalah Nabi Muhammad S.A.W. Ibn Abdullah ..Seorang yang dilahirkan  yatim tanpa bapa…Ayahanda  beliau meninggal  ketika  beliau didalam perut ibundanya  lagi..dan setelah beberapa tahu ibuanda pula meninggal dunia ketika usianya masih kecil..

ALLAH S.W.T. Berfirman :
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
                                                                                                                                                         Surah Al-Saf Ayat 6

Beliau dilahirkan di Bumi yang barakah..Bumi yang telah dijanjikan ALLAH untuk menyaksikan  dan menerima kelahiran baginda Rasulullah S.A.W.

Beliau dijanjikan ALLAH untuk lahir ke bumi ini pada tanggal tarikh 20 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan 570 hijah.

Antara Tanda –tanda yang telah menbuktikan kelahiran Baginda Adalah…:
1-Turunnya Hujan dari langit.
2-Hancurnya berhala-berhala.
3-Teradamnya api di istana majusi yang tidak pernah padam selama 1000tahun.
4-Kelahiran yang amat mengembirakan penduduk seluruh Alam semesta.
5-Tumbuhnya pokok pokok dengan suburnya..
6-Mekah dilanda gempa bumi.
7-Adanya Suara dari langit yang mengatakan akan lahir pemimpin Umat akhir zaman.
8-keluar cahaya di bumi Syam.


Wajah Baginda S.A.W.
Abu Ishaq berkata  :
seorang lelaki bertanya kepada bara’ ibn Azib R.A.

Apakah Wajah Baginda S.A.W. bagaikan pedang?
Al Bara’ Menjawab :
Tidak Bahkan Wajah Bagindan S.A.W. bagaikan Rembulan.


Gambaran tubuh Rasulullah.

Berikut dalah riwayat dari SahabatSahabat Baginda S.A.W. :
Daripada Anas ibn Malik R.A. beliau berkata:
Baginda S.A.W. tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu sederhana.Kulitnya tidak putih seperti kapur dan tidak juga hitam.Rambutnya ikal,tidak kerinting dan tidak pula lurus kaku.Baginda S.A.W. di angkat ALLAH S.W.T.(menjadi Nabi) ketika berusia 40tahun.Baginda tinggal di Mekah sebagai Rasul selama 10tahundan di Madinah selama 10 tahun.Baginda S.A.W. wafat ketka berusia 63tahun.dikepala dan janggutnya tidak terdapat sampai 20helai uban.
Nabi Muhammad Rasul Pilihan

Nabi Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman
Membawa Quran sebagai panduan, Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan
Suasana jahiliah menjadi berubah, kepada kehidupan Islam amat indahnya
Dari pimpinan berpandukan Al Quran, manusia yang kejam boleh beriman
Perjuangan Rasul yang utama, mengenalkan Tuhan yang sebenar kepada manusia
Tuhan yang Esa, Maha Pencipta lagi berkuasa
Ramai manusia meninggalkan berhala, menggantikan Allah sebagai Tuhannya
Mereka agungkan Allah, memuji, memuja dan mensucikan-Nya setiap masa
Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia cara hidup mereka
Menjadilah manusia yang rajin, cergas dan kuat bekerja
Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa
Berbakti kepada manusia demi persaudaraan dan perpaduan
Lahirlah keadilan di dalam kehidupan
Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan
Manusia hidup macam satu keluarga dari satu ibu dan bapa
Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan, bertolong bantu sentiasa ada
Kemungkaran dan maksiat, gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan
Manusia hidup aman damai bersih dari dosa dan noda
Didikan Rasullulah di zaman Sahabat, akhlak mereka menjadi mulia
Akhlak mereka laksana bunga-bunga di taman yang indah amat meriah
Melihat kehidupan Sahabat sejuk mata, tenang jiwa bahagia dirasa
Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka menyembah Allah yang Maha Esa
Bersungguhmu wahai Rasulullah
Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa
Namamu dikampilkan bersama dengan nama Allah yang Maha Esa
Patutlah Allah, para malaikat dan orang Islam menselawatkannya

Budi Perketi Baginda S.A.W. :

Saydatuna Aisyah Meriwayatkan :
Rasulullah S.A.W. bukanlah Seorang yang bersifat Keji,Baginda tidak membiarkan kekejian,tidak menjerita di pasar-pasar dan tidak membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan,tetapi baginda S.A.W. suka memaafkan orang lain.

Berkata Isteri baginda S.A.W. :
Seorang lelaki meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W.  ketika aku(aisyah) berada disamping baginda S.A.W. lalu Baginda S.A.W. bersabda :
Sejahat-jahat pemimpin suku ialah dia,atau Sejahat-jahat lelaki dari suku ini adalah dia.
Rasulullah S.A.W. mengizinkannya.Apabila di masuk ke dalam rumah,Baginda berbicara dengan lemah-lembut.Setelah dia keluar ,lalu Aisyah bertanya:
Wahai Rasulullah S.A.W.!
Kamu telah katakana tentang kejahatan kepadanya?
Baginda bersabda lagi :
Wahai Aisyah sesungguhnya sejahat-jahat manusia ialah apabila manusia membiarkannya lantaran ketakutan dan kejahatan.

Itulah serba sedikit gambaran tetang diri Baginda..Beliau adalah seorang yang tinggi budi perkerti..akhalk yang amat mulia..jika nak tahu tentang akhlak Baginda..baca lah Al-Quran..seindah kalam Al-Quran  dan seindah itulah akhlak pemimpin kita… 

  Rahmat Allah Kepada Rasulullah


Di antara rahmat Allah kepada Rasulullah SAW sebagai pemimpin kepada semua kaum dan bangsa


Ialah Nabi Muhammad bukan sahaja mampu mempersatukan di antara puak-puak, kabilah-kabilah, kaum, golongan dan bangsa di dunia


Tapi berjaya menanamkan kasih sayang di antara hamba dengan tuan, di antara Badwi dengan orang pekan, di antara orang miskin dengan orang kaya


Mampu mendidik orang cinta-mencintai satu sama lain walaupun berlainan kaum dan warna kulit


Boleh cinta-mencintai di antara Arab dengan Ajam, di antara bangsa Timur dengan bangsa Barat


Di antara orang biasa dengan pembesar-pembesar kaum dan bangsa


Yang lebih aneh dari itu boleh berkasih sayang di antara rakyat dengan para pemimpin


Setelah tercetus kasih sayang, cinta-mencintai lahirlah satu bangsa yang bersatu padu


Akibat dari kasih sayang dan cinta-mencintai lahir pulalah buah akhlak yang mulia di antaranya:


Malu, pemurah, tawadhuk, mengutamakan orang lain, bertimbang rasa, perikemanusiaan yang tinggi, bekerjasama


Secara otomatis pula tidak berlaku hasad dengki, pemarah, khianat, penipu, pembohong, berdendam, pergaduhan dan perbalahan


Ya Rasulullah sungguh besar jasamu!


Jasamu patut dikenang oleh setiap orang di setiap zaman


Ya Allah ya Tuhanku!


Bila lagikah Engkau hendak lahirkan seorang pemimpin yang boleh membawa kasih sayang


Yang dapat mempersaudarakan dan menyatukan semua golongan manusia seolah-olah hidup macam satu keluarga


Manusia hari ini di dunia ini di dalam penderitaan


Kerana kehilangan kasih sayang di kalangan manusia


Mereka satu sama lain sentiasa di dalam perpecahan dan perbalahan


Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai bahkan prejudis sesama sendiri


Mereka sentiasa jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain


Kata-mengata, hina-menghina, fitnah-memfitnah berlaku setiap hari


Aduh, manusia sudah hidup terseksa dengan perbuatan mereka sendiri


Tuhan segerakanlah datangkan seorang pemimpin sebagai penyelamat


Agar dengan pimpinannya manusia satu sama lain dapat dipersaudarakan semula.


Saat Kewafatan Beliau.
Diriwayatkan Oleh :
Anas bin Malik :
Kali terakhir aku memandang Rasullullah S.A.W. ketika baginda mengangkat tirai bilik pada waktu Solat Fajar (waktu solat Subuh) hari isnin untuk melihat umatnya kali yang terakhir.aku memandang wajahnya bagaikan kertas Mushaf (al-quran)kerana keelokan dan kebersihannya.Orang ramai bersolat di belakang Saidina ABU BAKAR R.A. .Hampir –hampir menjadi huru-hara diantara orang ramai.*.kemudian baginda mengiystiharkan kepada mereka supaya tenang dan ABU BAKAR R.A. mengimamkan mereka.Kemudian tirai bilik Baginda S.A.W. diangkat semula,dan Baginda wafat pada hari itu.

Anas berkata lagi :
Pada hari Baginda memasuki kota Yasip (Madinah) bercahaya segalanya yang ada di Madinah.Tatkala Baginda S.A.W. wafat,suram dan gelap segalanya ada di kota Madinah.Belum pun kami menyapu tangan-tangan kami dari tanah kuburnya dan ketika kami masih dalam urusan mengkebumikan baginda S.A.W. ,kami telah rasa perubahan yang berlaku dalam hati kami.

Harta Peninggalan Baginda S.A.W.
Baginda S.A.W. tidak Meninggalkan pusaka kecuali sebilah pedang,seekor keldai,dan sebidang tanah yang dijadikan SEDEKAH.

Peninggalan baginda S.A.W. untuk UMATNYA
AL-Quran dan Sunnah (hadis)
Abdullah ibn Al-Mubarak berkata :
Apabila kamu diuji untuk menegakkan hukum di antara umat,maka hendaklah kamu berpegang dengan Hadis  dan Al-quran.
Ibnu sirin Berkata
Hadis ialah pegangan dalam agama,maka perhatikanlah daripada siapa kalian jadikan sebagai sumber pengambilan agama kalian.

Sebaik baik Umat adalah Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ditulis Oleh :
Sadam Husin Al-Dimasyqi
Damsyik Syria

No comments:

Followers