Friday, December 25, 2009

Sahabat Setia


 Sahabat setiaku adalah masaku
Masaku itu adalah umurku
Dia sentiasa mengiringiku di mana sahaja aku berada
Di waktu rehatku, ketika musafirku, di kala tidurku ia bersamaku
Masa tidak pernah lekang dariku
Dia amat setia denganku
Tapi aku sedih aku selalu mengkhianatinya padahal dia adalah umurku
Dengan masa selalu aku derhaka dengan Tuhanku
Di dalam masa itulah aku selalu alpa dengan Tuhan Penciptaku
Aku sedih dia sangat setia denganku
Tapi aku gunakan dia menderhakai Tuhanku
Aku tidak setia dengannya, sedangkan dia setia denganku
Aku selalu mencemarkan masaku dengan kemahuanku
Begitulah setiap kali dia bersamaku
Tidak hairanlah Tuhan berkata yang bermaksud:
“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.”
Dia menggunakan sahabatnya menderhakai Tuhannya
Dia menggunakan sahabat setianya lupa Tuhan, lupa Akhirat
Aku adalah salah seorang daripadanya
Ya Allah! Berilah aku hidayah bersama masa sahabat setiaku
Agar aku tidak sia-siakan sahabatku
Supaya aku menemui-Mu di dalam keredhaan-Mu..

No comments:

Followers