Friday, July 10, 2009

Rehlah ke Homs.Raqqah Qal'ah Ja'bar dan sungai furat

Rehlah ke raqqah yang sungguh bermakna buat aku pada tahun ni...dengan penuh sayu hati aku dapat juga aku melepaskan rindu terhadap sahabat Nabi Muhammad S.A.W...di sana aku dapat menziarahi makam Ammar ibn yaseer..dan dua org tabi'en iaitu Uwais Al-qarni dan ubai ibn Ka'ab.seramai 55orang sahabat aku termasuk lelaki dan perempuan menyertai rombongan ini...sebelum itu kami sempat menziarahi Makam Panglima Agung Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Khalid ibn Walid...Program ini diketuai oleh aku sendiri dan turut di bantu oleh ustaz khairi dan sebelah akhwat oleh ustazah Awatif dan Ustazah hazirah..Alhamdulilah kami dapat banyak manfaat dari rombongan ini dengan rahmat ALLAH kami juga dapat banyak pengalaman..gambar aku dan ayie sedang bincang sesuatu...
permandangan dari luar Makam Ammar bin Yaser..Uwais al-qarni dan Ubai ibn Ka'ab..kami disana hanya mengambil masa selam sejam ..dan disana juga ada satu tembok lama yang telah dibina oleh kerajaan abasiayah dikata kan pernah satu ketika dahulu Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah buat istana disana dan pernah bermuamalah disana..tembok itu diberi nama Bab Baghdad...
selepas sejam kami di bandar Ar-raqqah kami bertolak ke bandar saurah yang terletak lebih kurang 100KM dari bandar raqqah..disana kami dapat melihat betapa kuatnya kerajaan islam pada masa dahulu..istana itu diberi nama qal'ah ja'bar..jom kita ikuti serba sedikit cerita tentang qal'ah yang cantik ini..


Qol’ah Ja’bar

Qol’ah Ja’bar terletak dikawasan semenanjung Syria di tebing kiri Sungai Furat,Iaitu 53 KM dari Bandar Ar-Raqqah dan 13 KM dari Bandar Saurah.
Terletak dibanjaran bukit kapur,berbentuk bujur dan bentengnya 50 Meter tinggi dari dasar sungai.Dibahagian atas Qol’ah ini mempunyai 35 batang menara dan dikelilingi tembok.
Sebahagian menara sudah pecah dan sebahagian yang lain masih berbaki separuh dan kebanyakannya sudah roboh dan telah hilang kesannya. Dibahagian tengah qol’ah didapati kesan kesan terbinanya sebuah masjid dan sekarang hanya tinggal menara sahaja dan beberapa kesan binaan bangunan yang lain.
Qol’ah ini diberi nama sempena nama Ja’bar Sabik Al-Qusyairi dan telah diambil oleh Sultan As-Saljuki iaitu Malkasyah bin Alab
Arsalan 379H\986M. Dikatakan qol’ah ini dibina selepas sebuah qol’ah yang dibina oleh Duser hamba kepada An-Nu’man bin Al-Munzir,Raja Kota Al-Hirah sebelum Islam. Kini qol’ah ini siap dibaik pulih dibahagian dalam dan dibuka untuk dilawati.
Qol’ah ini dibina betul-betul diatas sebuah pulau selepas berlakunya banjir Sungai Furat pada tahun 373H\980M,kemudian pembinaan semua benteng Sungai Furat yang ketinggiannya 320Mx170M.

kami di sungai furat hanya selama 3jam sahaja sekali dengan makan tengah hari dan mandi sunngai furat walaupun tempat kami mandi dipenuhi dengan pacat...dan serba sedikit tentang sungai Furat..
Sungai Furat.
Sungai ini merupakan salah satu sungai yang paling besar diselatan barat Asia, punca airnya dari Negara Turki dan dari 2 buah sungai di Asia kecil yang dinamakan salah satunya sungai Murad Soo puncanya di antara laut kecil(WAN) dan bukit Ararat di Armania disebelah timur dan satu lagi sungai Kurrah Soo puncanya disebelah utara timur Al-Anadul. Dan kedua-dua sungai ini mengalir kearah barat kemudian bertembung dan memasuki perairan selatan dan mengalir ke kawasan bukit Tourus disebelah selatan terus menuju ke selatan timur dan bertembung beberapa sungai sebelum memasuki Negara Syria.
Sungai ini mengalir masuk ke Negara Syria melalui Bandar Jarablus terus ke Iraq melalui Wilayah Ar-Raqqah.Dari sini, terbentuklah sebuah Tasik di Bandar Al-Qaim ditengah-tengah selatan Iraq terus mengalir ke sungai Dajlah. Kedua-dua sungai ini dinamakan Syattul Arab, panjangnya 90Meter menuju ke laut Negara Arab. Panjang Sungai Furat adalah 2700KM(1800batu),manakala lebarnya 200 sehingga 2000Meter.
Dinamakan Negara Iraq sebagai Negara Ar-Rafidin kerana adanya dua sungai iaitu Dajlah dan Furat..

akhir sekali saya selitkan sekali dengan serba sedikit tentang seorang sahabat dan 1 orang tabi'en yang telah kami ziarahi...

UWAIS AL-QARNI (TABI’EN)
Allah mengilhamkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir di kalangan Tabi’in (“Tabi’in” ialah mereka yang tidak sempat berjumpa dengan Nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan Nabi, itu dipanggil “Sahabat”). Nabi berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali, “Akan lahir di kalangan Tabi’in seorang insan yang doanya sangat makbul.Namanya Uwais Al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu”.
Semua pembaca pasti kenal siapa Saidina Umar dan Saidina Ali iaitu mereka yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” (mereka telah dijamin masuk syurga). Seterusnya Nabi berkata kepada Umar dan Ali, “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah mencarinya. Dia akan datang dari arah Yaman, dan dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengannya mintalah agar dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais Al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
ASAL USULNYA..
Asalnya dia berpenyakit sopak, badannya putih, dan tidak digemari. Ibunya menjaga dia hingga dewasa walaupun dia mempunyai penyakit sopak sejak dilahirkan. Pada suatu hari Uwais Al-Qarni berdoa kepada Allah:
“Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa supaya Engkau hilangkan penyakit sopak ku pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. (Kalau Nabi,ada Khatam Nubuwah iaitu tanda keNabian, tanda pada Nabi bersinar) Tanda tompok putih pada tengkuk Uwais sebab dia minta agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka Nabi sebut kepada Saidina Umar dan Saidina Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, iaitu bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.Saidina Umar dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan minta satu sahaja iaitu minta didoakan supaya Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulallah kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang menunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua agar diampunkan segala dosa mereka. Beliau Syahid ketika besama Saidina Ali R.A dalam perang siffin ketika menentang Saidina Muawiyah..dan dikebumikan di Raqqah.

AMMAR BIN YASER(SAHABAT)
Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka membai’atnya di bawah pohon…(Al-Fath : 18).
Ayat ini menurut para mufassir berhubungan para sahabat Nabi yang memberikan bai’ahnya kepada Rasulullah S.A.W.. Salah seorang dari mereka bernama Ammar Bin Yaser. Beliau seorang putra dari Sumayyah yang dikenal sebagai syahidah pertama dalam Islam. Ammar berkulit sawa matang dan bertubuh tinggi serta sasa. Kedua matanya hitam kebiru-biruan. dan rambutnya lebat.
Beliau masuk Islam ketika berada di Ka`bah tidak sengaja mendengarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan Muhammad SAW. Kerana terasa berbeza dengan lantunan syair-syair Arab maka Ammar menghampirinya walaupun larangan untuk mendekati Muhammad SAW tidak dihiraukan. Akhirnya Ammar pun datang ke Darul Arqam. Di depan rumah itu.Ammar berjumpa Suhaib Bin Sanan.
Menurut sejarah Ammar Bin Yasir wafat dimasa khalifah Ali Bin Abi Thalib, yaitu pada usia 94 tahun,pada perang Siffin kepalanya dipenggal dari badan. Ali Bin Abi Thalib kemudian mensolatkan dan menguburkan jenazahnya di Raqqah, 300 km dari kota Damsyik, Syria.
Begitulah perjuangan seorang muslim di masa awal Islam. Meskipun penuh cubaan dari kaum musyrikin, tetapi kepatuhan dan keteguhannya dalam memeluk Islam menjadi sebuah teladan yang harus diikuti umat Islam.

Semoga Allah merahmati mereka..amin...

No comments:

Followers