Friday, June 5, 2009

Kisah Ainul Mardiyah...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari
bagi suaminya adalah dikalangan bidadari- bidadari kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah s.w.t. dan ini merupakan sunnah besar Nabi s.a.w. dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah ...... :

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -
bermaksud mata yang diredhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika
Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di
jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut ...
tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-
sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang
yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur
sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama ....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi
cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia ...
lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah ... lalu ditunjuknya di suatu
arah maka berjalan dia ... di suatu pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu ... tak
pernah dilihat di dunia ini ... lalu diberi salam dan dia bertanya
andakah 'Ainul Mardhiah ... wanita itu menjawab bukan ... saya
khadamnya, 'Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di
dalam mahligai ... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah
dia 'Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab ... bukan, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini ... 'Ainul Mardiah ada di atas
mahligai sana, ... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata
itu kecantikkannya sungguh menakjubkan ... lalu dia sampai ke satu
mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik
dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua ...
dan tak pernah dia lihat di dunia ... lalu wanita itu berkata ...
akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku ...

bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab ... nanti,aku hanya
tercipta untuk para syuhada... tersentak itu pemuda itu pun terjaga
dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan
cerita ini kepada Nabi s.a.w. ... tapi sekiranya dia syahid barulah
ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi
telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
Nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati
nabi s.a.w. dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid
tadi ... dalam menceritakan itu Nabi menjawab benar ... benar ...
benar ... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi s.a.w.
berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ...
subhanallah ...

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

No comments:

Followers