Wednesday, January 7, 2009

Al-Qaeda desak umat Islam bertindak

WASHINGTON 7 Jan. - Pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri menyeru umat Islam agar melancarkan serangan ke atas kepentingan Israel dan Barat sebagai respons kepada bedilan askar Yahudi ke atas Genting Gaza.

Ayman berkata demikian dalam satu mesej audio bertajuk "Pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan kepungan pengkhianat" menerusi As-Sahab iaitu laman web sayap media Al-Qaeda.

Mesej itu didedahkan oleh syarikat pemantau Internet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), SITE Intelligence Group, semalam.

"Wahai orang Islam di mana-mana saja, kita harus menentang kempen Zionis.

"Serang kepentingan mereka di mana saja ia berada," katanya dalam rakaman audio tersebut.

Ayman menyatakan, serangan Israel yang telah meragut 660 nyawa sejak 27 Disember lalu dengan alasan menghentikan serangan roket Hamas, adalah salah satu kempen Barat yang disasarkan ke atas Islam dan penganutnya.

Dia turut menuduh bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai bersubahat dengan serangan tersebut.

"Apa yang kita hadapi hari ini adalah satu perkaitan antara rentetan perang Zionis terhadap Islam dan penganutnya.

"Serangan ini adalah hadiah Obama kepada kamu (penduduk Palestin) sebelum menjadi Presiden.

"Ini adalah Obama yang cuba digambarkan mesin penipu AS sebagai penyelamat yang membawa perubahan polisi AS. Dia membunuh adik beradik lelaki dan perempuan kamu di Gaza secara kejam dan tanpa belas kasihan," ujar Ayman lagi.

Obama sebelum ini dikritik kerana enggan menyatakan pendirian mengenai tindakan Israel namun beliau hari ini bersumpah untuk mengeluarkan lebih banyak kenyataan berhubung konflik tersebut sebaik mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.

Ayman turut menggelar Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebagai "penjenayah dan pengkhi

No comments:

Followers