Sunday, August 31, 2008

RAMADAN AL-MUBARAK

UMAT Islam di seluruh dunia sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan, yang dijangka bermula esok di kebanyakan negara.

Ada yang sibuk membanjiri pasar-pasar basah dan pusat-pusat membeli belah bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan khasnya buah kurma.

Kedatangan Ramadan juga merupakan rezeki bagi golongan peniaga, khususnya peniaga kecil di kaki lima yang muncul seperti cendawan semasa bulan Ramadan.

Namun, tidak kurang juga negara Islam yang melancarkan “operasi pembersihan” menjelang kedatangan Ramadan.

Di Indonesia, pihak berkuasa telah melancarkan operasi membanteras penjualan minuman keras secara haram bagi membersihkan bandar Jakarta daripada unsur-unsur haram semasa bulan puasa.

No comments:

Followers