Friday, August 29, 2008

Kemenangan Muhammd Ibn Abdulallah



Kemenangan Muhammad Ibn Abdullah

Berkumandangnya jutaan suara manusia, di belahan bumi bahagian Timur dan bahagian Barat, yang selalu diulang-ulang baik di pertengahan malam dan di kala siang hari: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Pesuruh Allah.

Berkumandangnya suara seperti ini selama empat belas abad lamanya, tidak pernah diam dan tidak pernah bungkam dan tidak pernah berhenti. Negara demi negara telah berganti. Keadaan demi keadaan telah bertukar. Tetapi seruan yang abadi itu tetap tidak berubah, seruan yang telah tertanam dalam hati nurani zaman.

Berkumandangnya suara-suara ini, adalah satu bukti yang hidup, bukti yang berbicara tentang kemenangan Muhammad ibn Abdullah.

Kemenangan itu diperoleh bukan dalam pertempuran, bukan dalam peperangan. Bukan menaklukkan kota Mekkah. Bukan memerintah seluruh Jazirah Arabia. Bukan menundukkan kedua empayar Kisra dan Kaisar. Tetapi ia adalah kemenangan universal yang telah masuk ke dalam tubuh kehidupan, mengubah jalannya sejarah, menukar nasib alam dan terpateri dalam hati nurani zaman.

Kemenangan ini adalah suatu kemenangan yang tidak dapat dihilangkan oleh kelemahan seketika yang diderita umat Islam dalam suatu waktu tertentu. Nilainya tidak akan pernah berkurang kerana lahirnya falsafah dan mazhab-mazhab yang baru. Cahayanya tidak akan pernah redup oleh menangnya suatu kelompok terhadap kelompok lain di suatu bahagian dunia. Kerana akarnya terhunjam dalam pada alam semesta, tertanam dalam hati nurani manusia, mengalir dalam saluran-saluran kehidupan.

Kemenangan yang buktinya terdapat dalam dirinya sendiri tidak memerlukan bukti dan keterangan lagi.

Sekarang marilah kita mencuba mengetahui sebab-sebabnya dan cara-caranya, agar kita dapat menggunakan sebab-sebab itu sekarang ini.

Tidak dapat diragukan lagi bahawa Allah menghendaki bahawa Muhammad ibn Abdullah itu menang. Allah menghendaki bahawa agama yang lurus ini berkuasa. Tetapi Akkah tidak mahu kalau kemenangan itu diperoleh dengan gampang saja. Allah tidak ingin menjadikan kemenangan itu suatu mukjizat di mana tidak termasuk usaha manusia dan alat. Tetapi Allah menghendaki bahawa kemenangan itu berupa hasil yang wajar dari usaha dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Merupakan kesan yang logik dari pengorbanan beliau dan pengorbanan para sahabatnya.

Orang yang ingin mengetahui bagaimana kemenangan Rasul, dan bagaimana kemenangan Islam, maka ia hendaklah mempelajarinya dalam diri peribadinya, dalam tingkah lakunya, dalam sejarahnya dan dalam perjuangannya. Dengan begitu ia akan tahu bahawa jalan kemenangan itu jelas. Siapa yang ingin untuk mencapai kemenangan di masa mana saja dan di tempat mana saja, dapat menjadikan suri teladan pada diri Rasul s.a.w. itu sendiri.

Muhammad ibn Abdullah telah menang. Kemenangannya itu mempunyai tiga unsur, di mana tersimpan seluruh persyaratan-persyaratannya.

Muhammad ibn Abdullah telah menang, ketika para pemimpin Quriasy datang kepada bapa saudaranya Abu Talib untuk bertukar pendapat. Mereka meminta kepadanya untuk menawarkan kepada anak saudaranya, yang agamanya telah menggelisahkan mereka, mengacaukan adat kebiasaan mereka dan menggoncang dasar-dasar kepercayaan mereka. Mereka meminta agar Muhammad diam tentang mereka, tentang agama mereka. Untuk itu Muhammad boleh meminta apa yang dikehendakinya. Kalu mahu wang akan diberi. Kalau mahu kekuasaan akan diberi kekuasaan. Ia boelh memperlakukan mereka sekehendak hatinya.

Muhammad ibn Abdullah telah menang, ketika ia mengucapkan di telinga mereka dan di telinga zaman, perkataannya yang abadi, yang timbul dari sumber-sumber keimanan:

"Demi Allah, hai bapa saudaraku! Jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, dengan maksud agar meninggalkan persoalan ini, saya tidak akan melakukannya, sampai Allah menjelaskannya atau saya hancur dalam melaksanakannya."

Ya Allah! Demikian hebatnya sampai menggoncangkan badan. Alangkah hebatnya gambaran alam semesta yang agung. Jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku. Bayangkan seperti ini terambil hati nuranu alam semesta itu sendiri, bukan khayalan seorang manusia. Gambaran seperti ini adalah gambaran yang ditimbulkan keimanan yang mutlak dari lubuk dasar perasaan.

Semnjak dari saat itu, Muhammad ibn Abdullah telah menang. Ia telah menggoncang perasaan Quraisy dengan goncangan yang menjadikannya tidak dapat tegak dengan kukuh kembali. Itulah keimanan, kekuatan yang tidak dapat dikalahkan oleh apa saja di atas bumi, bila ia kalau tealah tertanam dalam perasaan seorang manusia.

Muhammad ibn Abdullah telah menang ketika ia telah berhasil menjadikan para sahabatnya r.a. gambaran hidup dari keimanannya, iaitu makan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Ia telah menang semenjak dari hari di mana ia telah membentuk masing-masing sahabatnya itu menjadi sebuah al-Qur'an hidup yang berjalan di atas permukaan bumi. Ia telah menang mulai dari hari ia menjadikan setiap peribadi manjadi contoh yang melambangkan Islam. Orang melihat kepadanya dan orang melihat Islam itu sendiri.

Teks-teks agama saja tidak dapat membuat sesuatu. Buku al-Qur'an tidak dapat bertindak untuk membentuk seorang laki-laki. Prinsip-prinsip saja tidak akan hidup, sampaiia membentuk tingkah laku.

Kerana itu Muhammad telah menjadikan sebagai tujuannya yang pertama adalah membentuk laki-laki, bukan memberikan pidato-pidato, membentuk hati nurani dan bukan menyusun pidato-pidato, membentuk suatu umat, bukan mengadakan suatu falsafah. Gagasan itu sendiri telah dijamin oleh al-Qur'an yang mulia. Tugas Muhammad s.a.w. bukanlah untuk mengubah gagasan saja menjadi orang-orang yang dapat diraba tangan dan dilihat mata.

Tatkala ornag-orang ini telah berjalan di dunia bahagian Barat dan di dunia bahagian Timur, pada diri mereka itu orang melihat budi pekerti baru yang belum pernah dialami umat manusia, kerana mereka itu merupakan terjemahan hidup dari suatu gagasan yang belum pernah dialami umat manusia sebelumnya. Di waktu itulah manusia mulai percaya kepada gagasan itu, kerana ia percaya kepada laki-laki yang melambangkan gagasan itu. Mereka maju ke depan merealisasikan gagasan itu dalam diri mereka dengan mengikuti contoh yang telah ada, dan mereka menempuh jalan yang sama.

Gagasan saja tidak dapat hidup. Walaupun ia hidup, ia tidak akan dapat mendorong manusia satu langkahpun ke depan. Setiap gagasan yang hidup akan terlambang dalam diri seorang manusia yang hidup. Tiap gagasan yang berkarya dapat berubah menjadi suatu gerakan kemanusiaan.

Muhammad ibn Abdullah telah menang, mulai dari hari di mana gagasan Islam itu membentuk peribadi-peribadi, keimanan mereka kepada Islam telah berubah menjadi amal perbuatan, dan dicetak dalam buku-buku berpuluh-puluh buah, lalu beratus-ratus, kemudian beribu-ribu. Tetapi bukan dicetak dalam bentuk tinta di atas kertas. Ia dicetak dengan cahaya di atas lembaran kalbu. Laludilepaskannya agar lembaran-lembaran itu dapat bergaul dengan manusia, dan menguasai nasib manusia mahupun benda-benda.

Islam adalah suatu kepercayaan yang menimbulkan hukum. Di atas hukum itu berdiri sistem. Dari aqidah, hukum dan sistem terbentuklah pohon Islam. Sebagaimana halnya dengan setiap pohon kayu, maka ia terdiri dari akar, batang dan buah.

Buah dan batang tidak akan ada tanpa akar yang menghunjam di dalam bumi. Akar tidak ada gunanya tanpa batang. Dan batang tidak akan ada gunanya kalau tidak menghasilkan buah untuk dimakan, untuk kepentingan kehidupan.

Kerana itu Islam merasa perlu agar supaya hukum itu menjadi peraturan kehidupan: "Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang engkar."

Kerana itu, mitos yang mengatakan bahawa agama dan negara adalah dua hal yang terpisah, tidak terdapat dalam Islam. Negara tidak bisa ada tanpa agama, dan agama tidak bisa ada tanpa hukum dan sistem.

Dari semnjak hari pertama didirikannya negara Islam, maka hukum Islamlah yang memerintah negara ini. Dan orang yang mengeluarkan hukum Islam itulah yang melaksanakan pemerintahannya.

Negara Islam itu telah dimulai semenjak kaum Muslimin itu baru berupa sekumpulan kecil manusia, yang sanggup mempertahankan diri terhadap permusuhan, dan sanggup pula memelihara diri terhadap godaan untuk menyeleweng dari agama Allah, dan bahawa mereka berkumpul dalam sebidang tanah yang dilindungi oleh bendera Islam.

Ketika itulah Islam berubah menjadi suatu sistem kemasyarakatan yang mengatur hubungan antara kaum Muslimin. Ia berubah menjadi suatu sistem sejagat di mana atas dasarnya orang Islam bergaul dengan orang-orang lain.

Kemudian Islam merembes ke segenap penjuru dunia, dan ke manapun ia sampai, ia selalu membawa aqidahnya, hukumnya dan sistemnya. Siapa yang ingin memeluk aqidahnya boleh masuk Islam. Siapa yang tidak mahu masuk, maka: "Tidak ada paksaan dalam agama," tetapi hukum dan sistem Islam selalu melindungi setiap bumi yang dimasukinya. Manusia mendapati di dalamnya suatu bentuk keadilan yang belum pernah dikenal umat manusia sebelumnya. Orang menjumpai di dalamnya kebajikan yang belum pernah dirasakan umat manusia sebelumnya. Ketika itu masuklah orang ke dalam agama Allah beramai-ramai dan ketika itu terwujudlah janji Allah yang telah diberikannya kepada rasulNya:

Yang bermaksud :

“Ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan Dan kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(An-Nasr: 1-3)

Islam menang kerana aqidah kepercayaannya telah diterjemahkan menjadi hukum. Dan hukum ini mengadakan suatu sistem yang menggoncangkan perasaan manusia, dan memberikan ketenteraman kepada hati seluruh penduduk bumi.

Ketika itulah Muhammad ibn Abdullah menang. Kerana ia telah melaksanakan hukum Allah sesuai dengan apa yang dikehendaki Allah.

Itulah yang menjadi unsur-unsur kemenangan abadi dalam hati nurani alam semesta itu, yang akarnya terhunjam dalam kehidupan.

Itulah yang dikumandangkan oleh jutaan suara di dunia belahan Barat dan di dunia belahan Timur. Itulah yang didendangkan oleh jutaan bibir manusia.

Unsur-unsur unu adalah unsur-unsur yang alami, logik dan realistik. Unsur-unsur ini dimiliki oleh kita kaum Muslimin ini, di setiap generasi dan di setiap masa. Unsur-unsur ini ada di dalam tangan kita, yang dapat kita cuba dan kita usahakan. Dengan unsur-unsur itu, kita dapat sampai kepada kemenangan, yang telah dijanjikan Tuhan bagi setiap orang yang menolongnya:
yang bermaksud:

“Dan sungguh pasti Allah akan menolong orang yang menolongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan di atas dunia nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan bagi Allah jualah kembalinya akibat segala urusan.”
(Al-Hajj: 40-41)

Maha benar Allah Yang Maha Agung.

No comments:

Followers