Saturday, August 9, 2008

Jangan debat agama - Dr. Aishah Ong

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, isu agama anutan seseorang tidak boleh diperdebatkan secara terbuka bagi mengelak timbulnya sebarang keraguan dan mengganggu keharmonian negara.Beliau berkata, isu itu amat sensitif kerana semakin banyak ia dikupas maka semakin banyak hati yang akan terluka.

''Mengapa perlu bangkit mempersoalkan isu agama ini sedangkan kita sudah sekian lama mengetahui peranan agama masing-masing,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang pada Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

By-Surat Khabar Lama..

No comments:

Followers