Tuesday, August 19, 2008

HADIS & FALSAFAH :CIPTAAN YANG UNIK

Allah berfirman dalam Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Siapa yang dapat menafikan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah yang menggabungkan elemen jasad, akal, roh, nafsu dan hati.

Namun daripada semua elemen ini, ada satu elemen yang paling utama iaitu hati. Hati ibarat raja kerana itulah yang menjadi sumber penggerak kepada segala yang dilakukan manusia. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kapada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.
(Riwayat Muslim & Tabrani)

No comments:

Followers