Friday, June 27, 2008

Syria tersimpan khazanah sejarah tamadun dunia

Negeri Syria yang masa lalunya terkenal dengan sebutannegeri syam adalah tempat berdagang Rasulluah S.A.W. ketika beliau kecil dan remaja .negeri ini mempunyai banyak tempat tempat bersejarah baik sejarah kehidupan sebelum dan awal abad masehi mahupun sejarah peninggalan islam keana kota damsyik sebagai ibu kota Syria adalah merupakan pusat kekhalifahan UMAWIYAH pada tahun 661M Dari segi muka bumi,Iklim dan suhu tidak jauh bebeza dengan Jordan dengan Syria.jarak dari Amman ke Damsyik sebenarnya hanya 4jam sahaja dengan menaiki kereta.tapi kerana ada pemeriksaan passport di sempadan Negara,maka perjalanan kami tempuh dalam masa 6jam.seperti juga Jordan ,Syria juga sempadan dengan Israel.bezanya Jordan besefahaman kerajaan,Syria berpahaman Sosialis. DAmsyik adalah salah satu kota yang tertua didunia.yang tidak putus dari penghuni bersilih gantiberbagai macam suku bangsa dan kebudayaan.damsyikmerupakan kota perdagangan yang sangat luas pada tahun 3000SM.kota ini dijuluki juga sebagai tertua di dunia. Pada tahun 635M tentera islam berhasil merebut Syria dari kekaisaran bizantium(Romawi Timur).Panglima Khalid Al Walid memasuki kota damsyik dari Bab Syarqi (Pintu Gerbag Timur),Amru bin Ash dari bab Tumi (Thomas Gate),Sharabi dari Bab Faradais(orchads gate),Abu ubaaidah dari bab Al Jabiyah (Water Thourgh Gate)dan yazid bin abi sufyan dari bab Soghir (Small Gate). Dan pada tahun 661M-750M Bani Ummayah memerintah Syria.selama islam di Syria,bahasa arab menjadi bahasa nasional menganti bahasa Yunani pada zaman bizantium.setelah itu Syria berkali kali mengalami pengantian penguasa dari islam.Tentera Salib,Mongol,Mamluk,Othman turki hingga jadi daerah mandat Perancis di perang dunia yang 1. Pada kekuasaan islam,damsyik mencapai kejayaan sewaktu kota ini dijadikan ibu Negara oleh Muawiyah bin abi sofyan dari bani Ummayyah pada tahun 661M. Kini damsyik ialah kota yang padat,bangunan yang padat,manusia penuh dengan lalu lalang dan kereta bersimpag siuh,sibuk sekali ..Kereta roda tiga pun ada di damsyik.kuda dan himar pun turut memenuhi jalan jalan..memang sangat padat .

No comments:

Followers