Thursday, April 24, 2008

Israel kembalikan Bukit Golan?


DAMSYIK 23 April - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, negaranya sedia berundur
sepenuhnya dari Bukit Golan sebagai balasan untuk keamanan dengan Syria.
Kesediaan Israel itu telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kepada Presiden Bashar al-Assad.
"Perdana Menteri Recep telah menghubungi Presiden Bashar semalam dan menyatakan kesediaan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert untuk berundur sepenuhnya dari wilayah Syria di Golan sebagai balasan untuk keamanan," lapor media Al-Watan hari ini.
Damsyik menuntut supaya negara Yahudi itu mengembalikan keseluruhan wilayah strategik itu yang menganjur sehingga ke pantai Laut Galilee-yang merupakan sumber utama air Israel, sebagai "harga" untuk keamanan.
Tel Aviv keberatan untuk memenuhi tuntutan tersebut melalui rundingan damai yang kali terakhir diadakan pada tahun 2000.
Namun, media Israel melaporkan kesediaan Tel Aviv untuk memenuhi tuntutan tersebut selepas Syria bersetuju menamatkan pakatan dengan Iran dan sokongan berterusan kepada pejuang Palestin dan Lebanon.
- AFP
Kelmarin, Presiden Bashar memberitahu parti Baath bahawa "usaha sedang dilakukan oleh parti rakan bagi menghubungkan Syria dan Israel."
Sebelum itu, Olmert dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen Israel memberitahu: "Sangat jelas kami mahu keamanan dengan Syria dan kami sedang mengambil segala langkah perlu untuk menjayakannya."
Sementara itu, jurucakap kerajaan Israel, David Baker berkata, Presiden Bashar tahu apa yang diharapkan oleh Israel.
"Israel mahukan keamanan dengan Syria. Perdana Menteri Ehud Olmert telah mengesahkan perkara itu dalam beberapa temu bual baru-baru ini dan pandangan beliau tidak berubah," katanya kepada AFP.
Israel menawan Bukit Golan dalam Perang Asia Barat pada tahun 1967 dan mendudukinya pada tahun 1981 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa

No comments:

Followers